Sejak usia dua tahun lagi wanita ini diambil sebagai anak angkat, segala kasih sayang diberikan namun pengkhianatan juga dibalas pada akhirnya.
Kejadian yang berlaku di Banyuasin, Indonesia itu tular selepas anak tersebut menghalau ibu angkatnya keluar dari rumah yang dihadiakan kepadanya.
Konflik bermula apabila wanita itu tidak menerima nasihat ibu angkatnya untuk tidak berkahwin buat kali keempat.
Menurut laman berita Suara.com, video kejadian itu dimuat naik dalam akaun Instagram @banyuasinterkini.
Dalam video itu, seorang wanita tua dilihat menangis di hadapan orang ramai. Siti Marbiah, terpaksa hidup menumpang selepas dihalau anak angkatnya.
Siti Marbiah dihalau dari rumahnya sendiri dan merempat selama lapan bulan.
Peguam Siti Marbiah, Jallas Boang Manalu memaklumkan bahawa anak guam tidak mempunyai anak jadi dia memilih untuk membesarkan anak angkat bernama AY.
Tidak pernah beri layanan buruk malah dia menyokong dan memberikan pendidikan terbaik dari sekolah hingga ke universiti.
Namun kasih sayangnya itu dibalas dengan kejahatan oleh AY.
Konflik bermula apabila Siti Marbiah mendapat rumah dan harta pusaka daripada keluarga besarnya.
AY kemudian memujuknya untuk menjual rumah dan tanah tersebut tanpa pengetahuan keluarga Siti Marbiah.
Daripada penjualan rumah dan tanah tersebut, 200 juta rupiah (RM59,956) telah diberikan kepada AY.
Manakala aki wang selebihnya kemudian digunakan Siti Marbiah untuk membeli rumah buat AY.
“Ketika membeli rumah, anak angkat itu memujuk klien kami untuk membuat sijil atas namanya.
“Nanti, surat hibah akan dibuat untuk klien kami supaya dia boleh mendiami rumah itu,” jelas Jallas.
Baca juga: Bermodalkan daun ketapang dikutip tepi jalan, lelaki berjaya jadi jutawan – “Jualan meletop!”