Tahan sampai berbulan! Ini rahsia cara simpan daun pandan hijau untuk kekal segar

Oleh WAN SITI AMINAH

Daun pandan adalah salah satu jenis tumbuhan tropikal yang mempunyai aroma wangi dan rasa seperti ros, badam serta vanila.

Mudah didapati di Asia Selatan dan Asia Tenggara termasuk Malaysia, daun pandan ini merupakan salah satu tumbuhan popular yang sering digunakan dalam masakan.

Oleh yang demikian, orang ramai pasti tertanya-tanya kaedah manakah yang paling sesuai untuk menyimpan daun ini agar dapat digunakan dalam jangka masa panjang.

Berikut kami kongsikan tips daripada pengguna Facebook bernama DLa AMaya agar daun pandan bertahan dalam masa berbulan dan kekal segar untuk digunakan.

Tips atau kaedah ini juga dijangka dapat meringankan kos peniaga makanan yang mengggunakan daun pandan sebagai bahan penting dalam masakan mereka.

Cara penyimpanan daun pandan

1. Bersihkan daun pandan

2. Potong pendek-pendek.

3. Masukkan dalam plastik kedap udara contohnya, tupperware.

4. Simpan dalam peti sejuk di bahagian beku (freezer).

“Bagus cara ini. Daun pandan tampak segar, sihat dan elok sahaja. Berbulan pun boleh tahan. Kalau nak masak boleh ambil sahaja sebab sudah siap dipotong. Sangat mudah.

“Daripada kering sebab beli banyak-banyak, baik simpan beku. Senang nak masak nasi, kuih, hilangkan bau peti ais, atau buat rampai buat wangikan rumah pun boleh,” katanya.

Baca juga: Sebak! Wanita terima panggilan daripada jiran 15 minit sebelum terima skrol ijazah, maklum bapa dah meninggal