Jadi duta jenama bermasalah, Michelle Yeoh dikritik warganet

Oleh MAISARAH AISYA

Umum sedia tahu akan kempen bermasalah yang sering dilakukan oleh Balenciaga, baru-baru ini mengenai imej kanak-kanak yang memakai barangan dewasa.

Kini pelakon kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh tampil dengan bangga usai menjadi duta jenama Balenciaga dan menyebabkan ramai peminat kecewa.

“Saya sangat teruja untuk menyertai Balenciaga sebagai duta jenama mereka.

“Fesyen merupakan sejenis bentuk seni dan bukan hanya tentang pakaian tetapi ekspresi diri. Ini adalah cara saya berkomunikasi mengenai kerja,” ujar Michelle di Instagram.

Rata-rata peminat memaklumkan mengenai jenama yang sering terpalit kontroversi dan mempersoal mengapa Michelle menerimanya.

“Pelakon yang sangat hebat tapi siapa yang memaksa anda untuk terima jadi duta kepada jenama perlu disoal kembali.

“Balenciaga? Syarikat sama yang buat permohonan maaf selepas buat kempen fesyen dengan melibatkan imej penseksual kanak-kanak dan pornografi.

“Mengetahui betapa Michelle sangat menyayangi anak rakannya yang masih muda, saya terkejut melihat dia mewakili jenama yang belum setahun lalu berkongsi iklan yang menseksualkan kanak-kanak,” antara komen warganet.

Sebelum ini, Michelle merupakan antara selebriti antarabangsa yang lantang bersuara berkaitan isu melibatkan kemanusiaan.

Selain Michelle, beberapa selebriti antarabangsa lain yang pernah dikecam kerana menunjukkan sokongan terhadap Israel ialah Gal Gadot, Justin Bieber dan Selena Gomez.

Baca juga: “Eh Umrah? Tak bagitahu mak…?”, Datin Shahida pergi buat Umrah tak ‘inform’ Bonda Rozita undang spekulasi netizen