Persembahan penyanyi hebat, Adira Suhaimi di minggu kelima Famili Duo 2023 (FD3) kelmarin mendapat perhatian warganet selepas mereka mendakwa ternampak bentuk puting payudara Adira.
Menyedari namanya menjadi bualan, Adira tampil memberikan penjelasan mengenai busana berona kelabu yang menjadi perhatian ramai itu.
Memetik OhBulan!, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi berkata, apa yang dilihat oleh netizen merupakan garisan jahitan yang dikenali sebagai ‘dart’ pada pakaian tersebut yang diperbuat daripada PVC.
Dia juga sempat menegur kenapa netizen melihat ke arah bahagian itu.
“Tengoklah benda lain, yang kau tengok benda tu buat apa. Tapi itulah, kita pun tak sempat bagitahu yang benda ni adalah jahitan tapi nampak macam dia (puting payudara).
“Tapi itulah benda pon dah post, dah viral nak buat macam mana kan? Kita tak boleh nak buat apa tapi saya nak jelaskan ini bukan seperti apa yang anda bayangkan ya.
“Ini merupakan garisan jahitan ‘dart’ dari baju yang fabriknya PVC,” katanya.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Ku Ada Kamu’ tersebut memaklumkan bahawa sama sekali tidak sedar akan bonjolan tersebut namun tetap menerima kritikan yang dilemparkan dengan hati terbuka.
“Sebenarnya bila kita pakai baju ni, orang yang tahu, dia akan tahu yang kita pakai ni adalah kain fabrik PVC.
“Tetapi saya anggap semua kritikan yang diberikan itu merupakan satu perkara yang baik sebabnya kalau mereka tak komen mengenai apa yang saya pakai ni pun saya tak tahu.
“Jadi minggu depan, insya-Allah tak akan ada lagi dan saya akan buat korang semua (netizen) menangis pula,” ujarnya.
Bertemakan ‘Lagenda dan Idola’ pasangan adik beradik itu memperoleh jumlah markah sebanyak ‘14’ dari kedua juri selepas membawakan lagu nyanyian asal Zaiton Sameon dan Allahyarhamah Siti Sarah yang berjudul ‘Menaruh Harapan’ dan ‘Jangan Kau Mimpi’.
Baca juga: Patutlah selalu mati dan tak menjadi! Baru tahu ini 6 pantang larang tanam pokok