Siapa sangka rupa-rupanya sehingga kini anak-anak kepada pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof tidak pernah mengetahui latar belakang pekerjaan kedua ibu bapa mereka.
Aktres itu memberitahu pengikutnya berkenaan hal itu ketika sedang bersiaran langsung di TikTok semalam.
Menurut Puteri Sarah, dia merahsiakan mengenai kariernya dengan tujuan supaya anak-anak tidak mengambil kesempatan terhadap perkara tersebut.
“Sarah tak nak anak-anak Sarah rasa bangga diri yang dia orang istimewa. Dan dia orang fikir dia orang ada kelebihan kalau mereka tahu bahawa mak bapa dan atuk mereka selebriti.
“Sarah tak nak mereka tahu apa sebenarnya pekerjaan kita orang dan sehingga sekarang mereka masih tak tahu. Mereka cuma tahu nama mama saya Puteri Sarah. Nama ayah saya Syamsul Yusof. Itu sahaja.
“Dia orang tak tahu Puteri Sarah tu siapa, Yusof Haslam tu siapa. Yang dia orang tahu atuk dia orang Yusof Haslam. Itu sahaja,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memahami tindakan pelakon drama Suri Hati tersebut yang mahu anak-anaknya menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak yang lain.
Sekadar info, Syamsul pernah mendirikan rumah tangga bersama Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Baca juga: “Patutlah suami suka beli patung anime, gugur jantung bila tengok isi kotak mainan dia”