Dakwa bakal bercerai, Mawar Rashid matikan telefon, pilih berdiam diri

Oleh KIM SYAZIE

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba tersebar khabar yang tidak enak berkenaan rumah tangga pelakon Mawar Rashid dengan usahawan, Raf Yaakob yang dikatakan sedang berantakan.

Isu rumah tangga Mawar dan Raf mula hangat diperkatakan selepas pelakon drama Villa Kristal itu bertindak membuka tudung awal bulan lalu.

Bagaimanapun usaha media menghubungi Mawar tidak berhasil apabila dia dikatakan mematikan telefon bimbitnya ketika ditanya wartawan mengenai rumah tangganya. 

Lapor Berita Harian, aktres itu setakat malan tadi tidak memberikan sebarang maklum balas.

Difahamkan, Mawar dan Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 38, sepatutnya hadir ke mahkamah syariah hari ini.

Mengukuhkan lagi dakwaan apabila Mawar dilihat memadamkan gambar bersama Raf dalam akaun Instagram miliknya.

Sementara itu, penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 45, enggan mengulas dakwaan mengatakan adiknya, Raf Yaacob dan Mawar bakal bercerai.

Fazley sebaliknya ingin memberikan ruang kepada pasangan itu menyelesaikan isu rumah tangga mereka.

“Saya mohon maaf, saya tak boleh ulas lanjut dakwaan ini. Saya mahu memberikan ruang kepada Raf dan isteri.

“Setakat ini, apa yang boleh saya katakan hanyalah memohon supaya semua orang mendoakan yang baik-baik buat Raf dan Mawar.

“Saya pasti mereka akan memberi penjelasan mengenai dakwaan itu,” katanya.

Mawar dan Raf melangsungkan pernikahan pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Sementara itu, Raf pula memiliki dua cahaya mata menerusi perkahwinan yang terdahulu.

Baca juga: Tak pernah masuk hospital, air kunyit dan halia jadi rahsia nenek kekal sihat di usia 102 tahun