Kecundang di saat akhir, Shila Amzah dan Syahir gagal ke final FD3

Oleh MAISARAH AISYA

Umum sedia tahu suara Shila Amzah yang unik boleh membawa dirinya ke pusingan seterusnya namun disebabkan gandingan dengan adik, mereka akhirnya tersingkir.

Syahir Amzah dilihat masih memerlukan banyak latihan untuk mengelar dirinya sebagai seorang penyanyi.

Menurut Kosmo, perjuangan Shila Amzah dan Syahir untuk mara ke final Famili Duo musim ketiga (FD3) terhenti apabila hanya meraih markah keseluruhan sebanyak 310.7.

Mereka mendapat kritikan pedas juri, Mas Idayu dan Ajai usai membawa lagu Sakit dan Sang Saka Biru bersandarkan tema Hip Hop/Dance.

Malah Shila sendiri mengakui tidak pernah menyesal memilih adiknya sebagai pasangan dan jelas mahu membantu adiknya mengembangkan lagi bakat nyanyian.

Tidak dapat dinafikan bakat menyanyi mengalir dalam darah keluarga mereka, mungkin Syahir perlu lebih masa untuk perbaiki nyanyian sebelum mencuba nasib dalam bidang ini.

Bukan sahaja Shila dan Syahir malah pasangan suami isteri Tom dan Fuad Rahman juga tersingkir disebabkan persembahan yang dikatakan hambar.

Pasangan pempengaruh Rayyan Bakery dan adiknya Adam Bakery juga pulang kehampaan dengan markah tercorot sebanyak 308.7.

Barisan peserta yang akan berentap di pentas akhir merebut gelaran juara ialah Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Adira dan Emma serta Sharif dan Syaiful.

Baca juga: Dijangka menikah 2 Disember ini, hati Bunga Citra Lestari ditawan duda anak 3