Akibat kemaruk cinta dengan kekasih muda, seorang wanita warga emas hampir memberikan kesemua hartanya kepada lelaki gelandangan.
Hal tersebut menyebabkan anak-anak perempuannya bimbang apatah lagi ibu mereka jatuh cinta selepas beberapa minggu berkenalan.
Menurut Daily Star, Carolyn Holland, 80, bertemu David Foute, 57, ketika Foute melakukan kerja rencam di rumah wanita berkenan di Cayucos, California.
Sebelum berkenalan, Foute pernah dipenjarakan kerana membuat bom paip yang dipercayai polis bertujuan untuk menyerang sebuah syarikat pasar raya.
Malah lelaki itu jugaseorang ahli teori konspirasi dan percaya syarikat berkenaan mahu menanam mikrocip pada semua orang.
Anak perempuan Holland, Susan dan Sally sukar mempercayai ibu mereka telah jatuh cinta dalam waktu yang singkat.
“Dia (Foute) memberi saya sesuatu yang istimewa kerana semangat penyayangnya. Kami berkongsi banyak perkara. Saya suka personalitinya dan saya benci apabila dia tiada,” ujar Holland.
Kebanyakan harta tersebut adalah milik Holland dan arwah suaminya, Joe anak perempuannya mula curiga selepas Foute memujuk warga emas tersebut untuk jual hartanahnya.
Melalui penjualan harta itu, Holland berjanji untuk memberikan Foute AS$600,000 (RM2.80 juta).

Namun sebelum sempat menunaikan cek, dia dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti Covid-19 selepas enggan divaksinasi selepas Foute meyakinkan ia adalah proses kawalan kerajaan.
Keadaan mental dan fizikalnya kemudian merosot bermakna anak perempuannya boleh mendapat status sebagai wakil kuasanya.
Ini menyebabkan segala kawalan ke atas hal ehwal kewangan keluarga dipertanggungjawab ke atas anak perempuannya.
Holland meninggal dunia tidak lama kemudian menyebabkan kekasihnya itu tidak mendapat satu sen pun daripada harta mendiang dan dia kini menjadi gelandangan semula.
Baca juga: Waheeda Wasini lancar semula lagu ‘Sindiran’, tujukan khas kepada pihak ini