Baling bungkusan biskut di dada isteri, lelaki berusia 70 tahun ditahan polis

Oleh WAN SITI AMINAH

Gara-gara melemparkan sebungkus biskut Oreo ke arah isterinya, seorang lelaki berusia 70 tahun ditahan polis pada Sabtu, dua minggu lalu.

Difahamkan, pasangan tersebut mulanya hanya bertengkar mengenai penggunaan mesin pembuat kopi sebelum suspek tiba-tiba bertindak agresif ke atas isterinya.

Dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi Jumaat itu, suspek dipercayai mahu menggunakan mesin berkenaan untuk membancuh air kopi sebagai sarapannya.

Namun, lelaki yang sudah lanjut usia itu tiba-tiba naik berang selepas mendapati tempat meletak air di dalam mesin kopi tersebut dibiarkan kosong tanpa diisi semula.

Kemudian, pertelingkahan mulut antara pasangan warga emas tersebut mula berlaku sebelum bertukar dingin apabila sang suami mencapai sebungkus biskut Oreo.

Wanita lemah berkenaan kemudian terjatuh di atas lantai selepas biskut tersebut dilemparkan ke arah dadanya oleh suami yang dikahwininya pada 40 tahun lalu.

Bukan cerita rekaan, kejadian mengejutkan itu benar-benar berlaku di sebuah daerah bernama Lake County yang terletak di Florida, Amerika Syarikat, lapor Fox News.

Menurut timbalan Syerif Lake County, suspek dikenali sebagai Sandoval itu mencuba untuk mencengkam leher isterinya ketika wanita tersebut terbaring ke atas lantai.

Oleh yang demikian, anak perempuan pasangan itu tidak mengalah dalam memberi dorongan kepada ibunya agar wanita tersebut membuat laporan polis mewakili dirinya.

Membuat satu laporan polis pada keesokan harinya, pihak Timbalan Syerif mendapati pihaknya tidak berjaya menemui sebarang kesan ‘kecederaan jelas’ kepada wanita berkenaan.

Ketika ditemu bual oleh pihak polis, Sandoval didakwa mengaku membaling biskut itu tetapi tidak mempunyai sebarang daya ingatan mengenai terhapat kejadian tersebut.

Sandoval kemudian di tahan reman di atas kes jenayah keganasan rumah tangga di bawah akta khusus bagi melindungi mangsa yang berumur 65 tahun ke atas.

Baca juga: Anak Abam dah 4 tahun tapi hutang tak selesai lagi, Hidayah doa perniagaan Ali Puteh berjaya, cepat bayar hutang