Tidak tunggu lama selepas bercerai, pelakon Mawar Rashid memberi bayangan akan kembali ke layar televisyen seawal tahun hadapan.
Menerusi Instagram Story miliknya, Mawar memuat naik gambar dengan kapsyen “berlakon untuk drama. Tahun depan mahu kembali berlakon. Insya-Allah”
Bukan setakat kembali berlakon, Mawar Rashid turut mengumumkan projek nyanyian amal untuk membantu memperkasakan wanita.
Dia juga menunjukkan satu gambar di dalam studio untuk rakaman suara.
“Rakaman untuk amal, lagu ‘pemerkasaan wanita’,” tulisnya.

Mawar pernah memenangi Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020.
Oleh itu dia juga gembira memberitahu bahawa dia akan kembali berlakon pada tahun hadapan.
Beberapa minggu lalu, Mawar dan bekas suaminya Raf Yaakob mengumumkan persetujuan untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman.
Raf menegaskan bahawa perpisahan antara mereka dilakukan dengan baik kerana keutamaan mereka masih lagi kepada usaha membesarkan anak anak mereka.
Mawar atau nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid melangsungkan pernikahan dengan Raf pada 9 November 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.
Baca juga: Letih sental tak hilang-hilang! Ini 5 cara efektif buang kesan kuning kunyit di tangan