Prihatin kepada masyarat yang memerlukan, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menolak biasiswa yang ditawarkan kepada anaknya, Nurul Izzah.
Difahamkan, Nurul Izzah diberikan tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti (Teknologi) Petronas bersama biasiswa kerana mendapat keputusan cemerlang.
Walau bagaimanapun, Anwar yang ketika itu sedang menjawat jawatan sebagai menteri kabinet dalam kerajaan memutuskan untuk menolak biasiswa tersebut.
Selain statusnya sebagai Menteri Kewangan, Ahli Parlimen Tambun itu juga enggan menerima bantuan kerana prihatin dengan nasib rakyat yang lebih memerlukan.
Perkara tersebut pertama kali dedahkan Presiden PKR itu dalam program ramah mesra bersama warga Petronas Pantai Timur di Kerteh, Kemaman, lapor Malaysia Kini.
“Bila anak saya Nurul Izzah dihantar ke Universiti (Teknologi) Petronas, keputusannya cemerlang dan dia diberikan biasiswa. Saya ketika itu timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.
“Saya kata sebab apa beri biasiswa? Saya tak mungkin ambil itu kerana ramai lagi anak-anak miskin termasuk anak Melayu, walaupun tidak sangat cemerlang terpaksa masuk universiti tanpa biasiswa.
“Jadi semua kena faham bahawa ada menteri pada masa itu iaitu Anwar menolak biasiswa anaknya kerana dia seorang menteri,” katanya memetik laporan Malaysia Kini.
Dalam pada itu, Anwar turut mengambil peluang untuk menceritakan detik sukar yang terpaksa dihadapi anak sulungnya, Izzah ketika dia dijatuhkan hukuman penjara.
Selepas semua hak keistimewaan Anwar dirampas, Izzah memilih untuk berkorban dan meninggalkan pengajiannya di universiti bagi memperjuangkan kebebasan bapanya.
“Ini pertama kali dalam sejarah saya ceritakan.” Ulas Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.
Baca juga: Awie tidak mahu sekadar pandai buat anak kemudian jatuh sakit, azam jaga kesihatan di usia emas