Selepas tiga tahun pemergian suami tercinta, Bunga Citra Lestari (BCL) buat pertama kali tidak lagi menggunakan nama Sinclair pada Instagram miliknya.
Penyanyi Wanita Terbahagia itu menukar nama Instagram kepada @itsmebcl.
Menurut BH Online, tindakan itu dibuat berikutan BCL bernikah hari ini dengan jejaka pilihan hatinya.
“itsmebcl menukar namanya 1 kali,” tulis keterangan yang boleh dilihat pada akaun pelakon jelita itu.
Terdahulu BCL, 40, memilih tarikh 2 Disember hari ini untuk disatukan dengan teman lelakinya, Tiko Aryawardhana yang pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengannya.
Sumber terdekat bintang jelita itu mengesahkan kepada BH Online majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung di sebuah hotel mewah di Bali, Indonesia.
Sebuah portal berita Indonesia turut melaporkan keluarga Allahyarham Ashraf terutama ibunya, Dida Sinclair sudah memberi restu jika BCL ingin berumah tangga semula.
Baca juga: “Aku ingatkan selama ini suami aku yang boros, rupa-rupanya duit dia habis dekat…”