Disebabkan makin banyak kes poligami yang muncul atas alasan terjatuh hati pada wanita lain walaupun si isteri telah memberikan segalanya termasuk zuriat.
Para suami dilihat menggunakan alasan berzina sebagai ugutan supaya si isteri membenarkan mereka untuk berkahwin lain.
Topik ini mendapat perhatian penceramah bebas, Datuk Dr Norhafizah Musa yang memuat naik video d TikTok mengenai kenyataan tersebut.
“Ini pandangan peribadi ustazah, ustazah kerap mendengar ada suami dan kadang-kadang ada juga ustaz yang menyebut kepada isteri mereka ‘kamu nak saya berzina ke atau kamu nak saya kahwin lain?’,” ujarnya.
Kenyataan tersebut dilihat sebagai ugutan buat para isteri sedangkan yang halal ada depan mata kenapa masih mahu berzina.
Lainlah kalau mereka itu bujang maka diwajibkan untuk bernikah bagi mengelak zina tapi yang dah berkahwin, isteri itu sudah cukup untuk melayan nafsu mereka.
Poligami tak salah kalau niatnya betul
“Nabi SAW sebut kepada para suami, kalau kamu nampak dekat luar sana ada perempuan-perempuan yang mungkin tiba-tiba menaikkan syahwat kamu, datang keinginan kamu..pergi balik dan datangi isteri kamu. Isteri kamu ada apa yang perempuan itu ada.
“Kalau berzina tuan-tuanlah yang menanggung dosanya jadi tolonglah bagilah pilihan yang lebih adil. Carilah apa yang istimewa pada isteri kita.
“Soal kahwin lain itu tak mengapa tapi bukanlah zina. Tak boleh samakan kahwin lain dengan berzina,” tambahnya.
Pada masa sama Ustazah Norhafizah menasihati kaum adam agar berfikir terlbih dahulu sebelum berpoligami, kemampuan bukan satu-satunya tiket untuk kahwin ramai.
Tanggungjawab buat keluarga juga akan bertambah jika berkahwin ramai.
Baca juga: Bernikah hari ini, Bunga Citra Lestari tidak lagi guna nama Sinclair di Instagram