Bagi alasan tak nak bergaduh di sosial media, Ruhainies akhirnya minta maaf dengan Bella Astillah

Oleh MAISARAH AISYA

Selepas tular segala bukti tangkap layar perbualan pelakon Ruhainies bersama suami kepada pelakon Bella Astillah, akhir wanita itu tampil membuat permohonan maaf.

Sebelum ini Ruhainies memaklumkan hanya akan berdiam diri kerana tidak mahu membesarkan isu namun semua akhirnya membawa padah kepada diri sendiri.

Jelas tindakannya bercinta dengan pelakon kelahiran SIngapura, Aliff Aziz walaupun tahu statusnya sebagai suami kepada rakan baik sendiri ketika itu.

Teruk dikecam, akhirnya Ruhainies tampil membuat permohonan maaf kepada Bella menerusi akaun Instagram.

“Saya nak cakap sedikit berkenaan isu yang sedang tular. Saya pilih untuk berdiam diri bukan untuk mengiyakan atau menidakkan tetapi dengan niat untuk tidak bergaduh di sosial media.

“Dengan rendah hatinya saya memohon maaf seikhlas hati kepada Bella untuk semua yang sudah terjadi, dan saya harap dapat bertemu agar kita dapat buka lembaran baru.

“Saya juga dan memohon maaf kepada semua yang terpalit dan terkesan dengan isu ini, saya harap dapat bertemu dengan Sarah Yasmine untuk selesaikan isu di luar media sosial,” ujarnya di Instagram.

Sebelum ini, Ruhainies menetapkan akaun Instagram kepada mode ‘private’ sebelum menjadikan ia publik untuk permohonan maaf.

Rata-rata netizen tidak menyangka dirinya yang sering dilihat sebagai seorang wanita lemah lembut mempunyai niat sejahat itu.

Tangkap layar tersebut juga menjadi bukti percintaan antaranya dan Aliff walaupun dia pernah menepis dakwaan pada awal isu itu timbul.

Rata-rata netizen menyindir permohonan maaf tersebut yang dilihat dibuat hanya selepas segalanya terbongkar.

“Apalah Ruhainies ni, dah terbuka segala pekung baru terasa nak minta maaf dekat Bella?

“Bella tak perlu jadi baik sangat nanti makin dipijak. Bagi pengajaran dekat penyondol ni, senang sahaja nak minta maaf,” antara komen pengguna X.

Baca juga: Bosan dengan drama pukul 7, netizen minta sekat dua pelakon, suruh Aliff Aziz balik je Singapura