Seorang lelaki menarik perhatian ramai selepas memecahkan rekod, memesan setalam nasi kandar paling mahal di restoran terkenal di George Town, Pulau Pinang.
Menerusi video dimuat naik restoran Nasi Kandar Sulaiman, seorang pelanggan memesan setalam nasi beserta lauk yang keseluruhannya berharga RM350.
Sebelum ini, rekod yang dicatatkan di restoran itu adalah RM300. Terkini, rekod itu dipecahkan dengan pembelian nasi kandar berharga RM350.
Lebih menarik, individu itu berjaya habiskan hidangan dalam masa 1 jam.
Dalam video yang dikongsi, pemuda berkenaan mengambil lauk lebih dari 20 ekor udang, setengah ekor ayam dan nasi.
Restoran berkenaan dikenali dengan video-video pelanggannya yang gemar memecahkan rekod pembelian termahal.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menunjukkan rasa minat dengan ‘content’ pelanggan-pelanggan yang berlawan dengan harga.
Mereka juga menggelarnya fighter.
“Aku dah agak dah ramai akan lawan contest siapa makan harga paling tinggi,” komen pengguna TikTok.
“Betul-betul dia lawan,” komen yang lain pula.
Baca juga: Raih pendapatan RM1 juta dalam masa seminggu, kejayaan ‘Jungle Girl’ buat ramai kagum