Habis RM300k untuk majlis sanding, Siti Jamumall tak kisah dikecam netizen lepas tular nikah di Thailand

Oleh MAISARAH AISYA

Pernah tular selepas membatalkan majlis perkahwinan pada saat akhir sebelum bernikah dengan lelaki lain di Satun, Thailand, usahawan sensasi Siti Jamumall akui sudah lali dengan kecaman.

Biasalah mulut orang bukan senang ditutup apatah lagi melibatkan hal yang tidak ada kena mengena atau memberi kesan kepada mereka.

Buat pempengaruh tersebut, dia dan suaminya yang dikenali sebagai Aiman Tak Kesah mengakui mereka bahagia meskipun diserang netizen lapor gempak.

“Bertahun-tahun Siti dan Aiman buat ‘live’ di media sosial dan tidak dinafikan sejak awal hingga kini, masih ada lagi golongan yang mengecam.

“Tapi dalam yang tak suka, masih ramai juga yang menyokong dan mengikuti kisah hidup kami.

“Jadi, sokongan itulah yang menjadikan kami lebih bersemangat untuk terus kuat sehinggalah sekarang,” katanya seperti dipetik Gempak.

Pada masa sama pemilik nama Siti Suriani Wahiddin meluahkan raza syukur apabila ada yang menitipkan doa buat mereka suami isteri.

“Semua orang tahu, kami sebelum ini pernah viral kerana berkahwin di Thailand. Jadi baru sekarang kami ada waktu sesuai untuk anjurkan majlis ini iaitu pada 1 September yang juga hari ulang tahun kelahiran saya.

“Kiranya kami satukanlah dengan hari bersanding dan meraikan hari jadi. Agak kelam-kabut juga memandangkan perancangan untuk majlis ini tak sampai dua bulan.

“Apa pun syukur dan kami sangat gembira sebab ramai yang hadir,” katanya.

Disoal berkaitan kos majlis secara keseluruhan, usahawan sensasi berusia 25 tahun itu memaklumkan perbelanjaan majlis perkahwinannya mencecah lebih RM300,000.

“Sekitar RM200,000 dan kalau ditambah dengan nilai tajaan, boleh cecah lebih RM300,000,” ujarnya.

Selain tarian tradisional, majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Zizi Kirana dan Ayu Damit.

Baca juga: Saiful Apek dedah pernah terima dua guni surat benci dari peminat ketika awal pembabitan dalam Senario