Rakyat Singapura masih merupakan kumpulan pelancong terbesar ke Malaysia selepas pandemik Covid-19.
Menurut data Tourism Malaysia, rekod menunjukkan jumlah pelancong Singapura ke Malaysia seramai 4.28 juta orang dalam enam bulan pertama 2024, berbanding 5.38 juta bagi tempoh yang sama pada 2019.
Data itu diterbitkan sebagai indikasi bahawa Malaysia menuju pemulihan penuh pasca pandemik Covid-19.
Biarpun penduduk Singapura merupakan pelancong terbesar, namun ketibaan pelancong India menunjukkan pningkatan lebih ketara dalam tempoh 5 tahun ini.
Kira-kira 537,000 pelancong India melawat Malaysia antara Januari dan Jun, meningkat 51.6 peratus, atau 183,007 orang, berbanding 354,000 dalam tempoh yang sama pada 2019.
Memetik laporan Berita Harian, selain pelancong India, Malaysia turut menerima pertambahan jumlah pelancong dari 16 negara lain pada 2024 berbanding 2019, antaranya Myanmar, Sri Lanka, Jerman, Russia, Turkiye, Perancis, Poland, Kazakhstan dan Sepanyol.
Tidak ketinggalan, Indonesia dan china juga mencatat jumlah pelancong terbesar ke Malaysia.
Pelancong Indonesia seramai 1.79 juta orang bagi tempoh yang sama pada 2024, berbanding 1.86 juta pada 2019, dan China 1.45 juta pada 2024, berbanding 1.56 juta pada 2019.