Seorang gadis berusia 24 tahun yang dahulunya bertubuh gempal, sekelip mata menjadi pempengaruh media sosial selepas berjaya mengubah imejnya persis seorang model.
Menurut laporan South China Morning Post, gadis yang berasal dari China tu dahulunya mempunyai berat badan sekitar 80 kg.
Wanita itu mendakwa dia mengalami pertambahan berat badan sebanyak 20 kg selepas bekerja selama setahun.
Disebabkan pertambahan berat badan mendadak, dia memilih untuk berhenti kerja.
Dia kini menjadi seorang pempengaruh selepas banyak berkongsi mengenai cara menurunkan berat badan serta mengurangkan minyak dan gula.
Sehingga kini dia mempunyai berpuluh ribu pengikut setia.
Perubahan rutin yang dilakukan membolehkan dia kehilangan 6kg dalam masa sebulan.
Baca juga: “Mangsa dakwa diliwat penjaga rumah amal serta dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak lain”