Singki kotor? Ini cara mudah nak bersihkan ia biar berkilau seperti baru!

Oleh MAISARAH AISYA

Singki antara salah satu tempat yang paling cepat kotor dan paling lambat dibersihkan dek kerana terletak di tempat yang jarang dilihat tetamu.

Tapi kalau dah kotor sangat mestilah nak bersihkan ia agar tak jadi berbau dan meloyakan tekak bila nak basuh pinggan.

Ikuti perkongsian portal Waktu.Ai mengenai cara mudah bersihkan singki menggunakan bahan yang ada di rumah sahaja.

Tip bersihkan singki biar nampak seperti baru

Bahan-Bahan:

  • Cuka putih
  • Baking soda
  • Lemon
  • Berus atau span
  • Air sabun
  • Kain microfiber

Cara-cara:

1. Bersihkan segala kotoran, sisa makanan

Pastikan tiada sisa makanan tertinggal dalam singki, boleh campur air suami dan pencuci pinggan dan tuangkan di sekiar kawasan singki.

2. Taburkan baking soda

    Taburkan baking soda di seluruh permukaan singki, termasuk bahagian tepi dan bawah.

    Baking soda bertindak sebagai agen penggosok lembut yang tidak akan merosakkan permukaan singki.

      3. Gosok dengan cuka putih

        Selepas tabur baking soda, tuangkan cuka putih ke atasnya. Reaksi antara cuka dan baking soda akan menghasilkan buih, membantu mengangkat kotoran degil.

        Gosok singki dengan berus atau span dalam gerakan bulat, pastikan setiap sudut singki dibersihkan.

        4. Gosok lemon pada permukaan singki

          Potong lemon menjadi dua dan gosokkan pada permukaan singki. Asid dalam lemon membantu mengembalikan kilauan asal singki dan memberikan bau yang segar.

          Biarkan ia selama beberapa minit.

          5. Basuh dengan air sabun

          Selepas selesai, ambil campuran air suam dan sabun pencuci pinggan dan jadikan ia untuk membersihkan kesemua bahan yang ada dalam singki tadi.

          6. Keringkan dengan kain microfiber

          Bila dah selesai kesemua itu, ambil kain microfiber yang kering dan lap singki hinggalah tiada air bertakung di dalam singki tersebut.

            Pastikan cuci singki sekerap yang mungkin atau seminggu sekali agar ia tak tersumbat dan nampak kusam.

            Baca juga: Jutawan ini dedah kehidupan orang kaya tak seindah dibayang, duit banyak tapi tertekan