Setiap jumaat mesti nampak PMX pakai capal ini, rupanya orang ini hadiahkan

Oleh ROSLAN ZAMAN

Kalau nak lihat Perdana Menteri Malaysia pakai capal, tengoklah pada hari Jumaat. Kebiasaanya PMX pasti akan memakai capal lengkap dengan baju melayu dan bersampin luar.

Namun yang lebih menarik adalah asal usul capal yang dipakai pemimpin nombor satu Malaysia itu sendiri.

Siapa sangka capal yang dipakai pemimpin negara itu dibuat oleh banduan dari penjara Malaysia sendiri. Kemahiran yang dimiliki banduan yang mahir dalam seni ukiran kayu dan barangan kraf tangan dihargai oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.

Memetik dari Portal Majoriti, Pegawai Vokasional dan Industri Penjara Taiping, Rasidi Mohd Nor berkata penjara Taiping sebelum ini pernah menghasilkan capal buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beliau kali pertama melapor diri selaku pemimpin nombor satu negara.

“Mungkin ramai yang tak tahu, capal dipakai PM Anwar ketika kali pertama bertugas dihasilkan banduan Penjara Taiping.

“Kami menerima tempahan dari Jabatan Penjara Malaysia dan ketika itu sangat teruja apabila kami diberikan mandat untuk menghasilkan capal.

“Lebih mengejutkan, tiada sebarang syarat ataupun pesanan diminta beliau berkaitan jenis bahan ataupun corak pada capal tersebut. Tetapi kami masih mengekalkan kualiti di tahap terbaik dengan ia diperbuat 100 peratus daripada kulit lembu asli,” katanya seperti dipetik Majoriti.

Jelasnya, Penjara Taiping kini semakin dikenali dengan produk kraf tangan dan banduan di situ menurutnya sangat komited dalam menceburi bidang tersebut.

baca: Neelofa tak mahu kongsi tip rumah tangga, anggap perkahwinannya masih setahun jagung