Pastinya ada ibu bapa yang mahu mengajar anak untuk tidur sendirian sering memberikan anak patung bagi menemani mereka.
Rupanya benda ini tidak boleh dibiarkan, tiada masalah untuk bermain dengan anak patung tapi tidak perlu dibawa tidur bersama.
Memetik Kosmo! Online, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (UAI), memaklumkan hukum tidur dengan patung mainan tersebut adalah haram.
“Sekarang ini, ramai sangat budak perempuan tidur dengan patung, hukumnya haram, tak boleh. Patung-patung ini hanya untuk kanak-kanak bermain.
“Sebab ada anak-anak dara kita umur 18 ke 20,temanwanita tidur letak patung ‘bear’ lah, ‘adudu’ lah atas kepala. Sebab mereka tengok daripada artis-artis.
“Ayah-ayah tengok balik bilik anak dara, kalau ada patung-patung, hukumnya haram,” katanya dalam satu sesi ceramah sebelum ini.
Tambah Azhar, rumah yang ada patung seperti ini tidak akan dikunjungi oleh malaikat rahmat.
“Yang boleh patung permainan ini adalah kepada anak yang belum baligh. Hanya anak kecil ini dibenarkan bermain patung.
“Satu lagi dalam kereta gantung patung-patung, contohnya patung beruk (monyet) dua ekor, depan ‘spider’, depan lembu.
“Semua ini (gantung patung dalam kereta) tidak boleh. Yang boleh, letak atas ‘seat’ (kerusi) biar anak kecil bermain, supaya dia tak kacau kita tengah memandu,” ujarnya.
Bagi ibu bapa, boleh lihat semula bilik anak-anak dan gantikan dengan bantal peluk buat mereka tidur bersama.
Baca juga: Tak perlu beli seluar baru! Lelaki ini ajar cara hitamkan balik ‘jeans’ lusuh guna 2 bahan