Wanita kencing atas produk makanan di pasaraya sebab ‘content’

Oleh ROSLAN ZAMAN

Seorang wanita hari ini dilaporkan berkelakuan jijik membuang air kecil di atas produk makanan di sebuah pasaraya hanya kerana ‘content’.

Kesan daripada perkara yang dianggap bodoh itu menyebabkan pasaraya terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM6,693 kerana terpaksa menarik semua makanan yang tercemar di atas rak jualan.

Makanan yang terlibat terkena air kencing wanita tersebut adalah seperti quinoa, kacang walnut dan hirisan buah kelapa yang dipamerkan untuk jualan.

Pihak pasaraya juga terpaksa menanggung kos kebersihan yang besar kerana terpaksa membersih seluruh kawasan besar pasaraya tersebut.

“Selepas mendapat laporan mengenai insiden itu, saya segera menghubungi pelanggan yang membeli makanan di bahagian tersebut serta memastikan tiada produk segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging dan makanan sejuk beku terjejas,” katanya jurucakap pasaraya.

Akibat daripada kelakuan tidak bermoral itu, Tedford telah ditahan oleh pihak berkuasa dan sedang berdepan tindakan undang-undang atas kesalahan mencemarkan bahan makanan dan mengganggu ketenteraman awam.

Baca: Akhirnya beras tempatan dah ada di pasar raya pada Ramadan pertama