“Kalau tahu perbuatan mengundang kecaman, kenapa buat” – Ella

Oleh MALAYSIADATELINE

Zaman sekarang banyak pihak dilihat meninggalkan komen tanpa banyak berfikir panjang maka dengan senang kesihatan mental seseorang merosot.

Namun kata-kata negatif jarang dilemparkan seandainya kandungan yang dimuat naik di media sosial itu tidak memaparkan sebarang provokasi.

Tampil memberi nasihat, ratu Rock, Ella memaklumkan mereka yang sering mengambil risiko untuk tidak melatah jika menerima komen negatif lapor Berita Harian.

“Kadang-kadang insiden (buli siber) ini terjadi tanpa dirancang. Kalau tahu perbuatan boleh mengundang kecaman, kenapa nak buat?

“Kita tak nak kena kecam, tapi buat benda yang bakal mengundang kecaman. Kalian semua kena kuat kerana media sosial memang tiada sempadan,” katanya seperti dipetik Berita Harian.

Dalam pada itu, Ella menganggap kecaman antara asam garam dalam kehidupan anak seni dan menasihati agar pelapis muda industri perlu bersedia akan hal tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, penyanyi yang popular dengan lagu Sembilu itu menyifatkan kecaman antara asam garam dalam kehidupan setiap anak seni.

“Sebelum seseorang berjinak-jinak dalam industri atau terbabit dalam bidang seni, dia kena bersedialah.

“Janganlah terlalu emosi sampai berkurung dalam rumah. Sampai bila nak beremosi? Bila jadi artis, kita mestilah nak pergi jauh.

“Nak tak nak kenalah hadap perkara ini. Kalau beremosi, tak akan membawa ke mana-mana,” tegas Ella.

“Kalau benda tak betul, saya abaikan sahaja. Tapi, kalau ada fakta, saya akan berbincang dengan pihak pengurusan dan memperbaikinya,” jelasnya.

Baca juga: Ammar Nazhan mengaku tak bersalah, didakwa lakukan gaduh gempar di restoran