Setiap guru pastinya mengambil masa lama untuk mendapatkan sijil bagi mengajar di sesuatu tempat tidak kira sekolah rendah mahupun menengah.
Namun sudah ada banyak kes di mana guru kantoi melihat video lucah di sekolah, bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara juga banyak berlaku.
Kejadian yang berlaku di Russia ini menaikkan kemarahan orang ramai terutamanya ibu bapa kepada pelajar yang terlibat.
Guru berusia 62 tahun itu menerima kecaman selepas kantoi menonton video lucah ketika mengajar mata pelajaran Fizik dalam kelas.
Semasa kejadian, guru tersebut sedang mengajar remaja usia di antara 13 tahun dan 14 tahun, sesetengah pelajar sempat merakam video manakala selebihnya mengambil sikap tak endah.
Menurut akhbar The Sun UK, video tersebut dirakam di sebuah pekan kecil dikenali sebagai Tashkinovo, malah guru tersebut sudah mengajar hampir 40 tahun.
Rakaman tersebut menunjukkan guru lelaki tersebut menonton video lucah di komputer ribanya.
Tanpa disedari komputer ribanya itu masih disambungkan kepada projektor menyebabkan pelajar di sana turut melihatnya.
Lebih mengecewakan guru tersebut juga sempat tersenyum ketika melihat video kandungan dewasa itu.
Pengetua sekolah berkenaan, Rudania Burkhanova berkata, beliau telah berbincang bersama pelajar dan ibu bapa berhubung isu tersebut.
“Siasatan sedang giat dijalankan. Hukuman akan dilaksanakan selepas kami mengetahui kejadian sebenar,” ujarnya.
Baca juga: Anak muak dengan perangai bapa pemboros, gaji RM13k tak cukup sampai duit ibu pula kena ‘pau’