Dalam keadaan ekonomi yang serba tak cukup ini pastinya ramai akan termakan janji manis untuk mendapatkan bantuan apatah lagi dalam bentuk wang ringgit.
Namun bukan semua termakan pujuk rayu apatah lagi jika diberikan syarat untuk bermadu dan berkahwin dengan lelaki lebih berusia.
Buat pelakon yang pernah menjadi Miss Eco International 2019 di Mesir, Amy Nur Tinie mengakui dirinya pernah ditawar menjadi isteri ketiga seorang lelaki berpangkat Datuk.
Lebih mengejutkan lelaki tersebut adalah sebaya bapanya malah Datuk itu menawarkan sebuah rumah untuknya lapor Harian Metro.
“Sebelum berlakon, saya aktif mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik di luar negara.
“Perbelanjaan juga agak besar untuk menyertai pertandingan jadi saya perlu mencari penaja dari syarikat korporat atau jenama bagi membantu dari segi kewangan.
“Datuk itu pula berminat mahu menaja saya tetapi dengan syarat menjadi isteri ketiganya,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Bagaimanapun niat Datuk itu ditolak Amy dan juga ibunya malah mengakui andai dia sejenis yang gelap mata maka ada kemungkinan dia akan menerima tawaan tersebut.
“Ibu saya juga terkejut dan beritahu dia bukannya mahu menjual anak kerana saya baru berusia 23 tahun ketika itu.
“Jika yang jenis gelap mata bila nampak duit saja mungkin akan terimalah tawaran itu. Saya pula tidak sanggup,” jelasnya.
Baca juga: Isteri kedua tak boleh dipanggil penyondol, Islam benar lelaki kahwin lebih dari satu – UAI