Siapa menyangka seseorang yang berselindung di sebalik pelaburan patuh syariah rupanya adalah dalang kepada satu skim hingga menyebabkan kerugian mencecah puluhan juta.
Tidak hanya itu, Harian Metro mendedahkan individu tersebut juga adalah suami kepada seorang selebriti tanah air.
Bukan orang biasa sahaja menjadi mangsa malah pakar motivasi tersohor bersama ahli keluarganya turut menjadi mangsa melabur dengan skim berkenaan.
Lebih mengecewakan individu ini juga menjalinkan kerjasama dengan seorang tokoh kewangan Islam disegani yang bertindak sebagai penasihat dan ini mengukuhkan kepercayaan mangsa.
Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Azah memaklumkan da menyertai pelaburan tersebut selepas menghadiri sesi taklimat dalam talian bersama individu itu pada Januari 2023.
“Selepas saya membayar hampir setengah juta ringgit menerusi beberapa transaksi, saya terus menagih janji untuk menjadikan saya sebagai pemegang saham dalam syarikat.
“Sudahnya saya berputih mata apabila modal penyertaan pun hangus, keuntungan dijanjikan juga tidak nampak,” katanya.
Dalam masa sama, Azah berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya kepada syarikat berkenaan sebelum orang lain menjadi mangsa.
Baca juga: Ramai tak sedar 7 benda remeh inilah jadi punca poket bocor, nombor 6 paling ‘relate’