“Saya masih teruna” – Jefri Nichol sumpah pengakuan pernah tiduri 20 wanita hanya gurauan

Oleh WAN SITI AMINAH

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol mendakwa bahawa pengakuan dibuatnya sebelum ini iaitu pernah meniduri sekitar 20 wanita hanyalah sekadar gurauan ‘kasar’ semata-semata.

Jefri yang dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan dengan pempengaruh tempatan, Ameera Khan itu juga mengakui gurauan tersebut dibesar-besarkan oleh pihak media sehingga hangat diperkatakan di media sosial.

Selebriti berusia 26 tahun itu akhirnya menerima padah akibat gurauan kasar tersebut dengan kehilangan peluang melalui tawaran pekerjaan ataupun kerjasama bersama jenama produk.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Jefri menerusi satu sesi siaran langsung di platform TikTok yang sempat dirakam oleh salah seorang penonton sebelum dimuat naik semula di aplikasi sama.

“Kenyataan saya di dalam satu sesi audio siar itu hanyalah sekadar gurauan sahaja, sumpah. Pihak media yang telah memperbesarkan perkara tersebut sehingga saya hilang tawaran untuk bekerjasama dengan jenama produk.

“Semuanya gara-gara berita tentang kenyataan tersebut,” kata Jefri ketika meluahkan kekesalannya seperti yang dapat dilihat menerusi sedutan rakaman berdurasi satu minit tiga saat itu.

@atyyyyyyyyyyyyy

Ok makcik/pakcik bawang FB yg kecoh sangat kata ameera yg ke 21 la 22 la sila hadam ya. Nichol terpaksa berkata begitu di podcast kerana dia ambassador Vivo okay#nichol #LOVE #ameera #meerachol

♬ original sound – atyyyyyyyyyyyyy🇲🇾 – atyyyyyyyyyyyyy🇲🇾

Difahamkan, pengakuan pernah meniduri lebih daripada 20 orang wanita itu dibuat oleh Jefri dalam satu program audio siar iaitu Bocah-Bocah Kosong (BBK) yang disiarkan di platform Youtube.

Aktor yang mula meraih populariti menerusi lakonannya dalam filem Dear Nathan itu juga memaklumkan bahawa dirinya belum pernah lagi melakukan hubungan intim bersama mana-mana wanita.

“Semua perkara yang saya katakan mengenai hubungan intim bersama wanita itu adalah bohong belaka. Saya masih teruna.” Ujar Jefri yang juga bergelar model itu di dalam perkongsian tersebut.

Terdahulu, Jefri dibanjiri dengan kritikan oleh pengguna media sosial tempatan selepas dikatakan bercinta dengan Ameera Khan kerana tampil terlalu mesra bersama adik kepada usahawan selebriti iaitu Noor Neelofa itu.

Baca juga: Banyak pengarah cuba ‘lamar’, Cik B dedah bodyguard pemalu, tak mungkin jadi pelakon