Tahap kebimbangan penyalahgunaan dadah semakin ketara di negara ini terutamanya di negeri Kelantan.
Semalam, semakan statistik seperti diperoleh oleh agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri menunjukkan lebih 1,000 kes dadah bagi setiap 100,000 penduduk di Kelantan, jauh melepasi purata nasional sebanyak 566 kes.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang mneyebut berkenaam hal ini seperti dilapor oleh Kosmo. Kesan daripada peningkatan ketara ini menjadikan penjara Machang di Kelantan penuk sesak dengan penagih dadah.
“Semua banduan di Penjara Machang adalah kes sabitan dan 80 peratus daripadanya melibatkan kesalahan berkaitan dadah.
“Negara mempunyai 43 buah penjara dan Penjara Machang adalah yang paling sesak. Penjara Pengkalan Chepa juga berdepan situasi sama apabila menempatkan 2,977 banduan berbanding kapasiti asal hanya 1,500 orang.
“Daripada jumlah itu, 65 peratus merupakan banduan kes berkaitan dadah sama ada reman atau sabitan,” kata Saifuddin.