Siapa yang tidak kenal sosok tubuh usahawan terkenal Mawar Karim yang cantik jelita ini. Kalau dahulu, Mawar sering terpampang sebagai wajah tudung jenama Fareeda.
Kini bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu sibuk dengan urusan menjaga anaknya Wan Maryam yang kini sudahpun berumur 7 tahun.
Baru sahaja sebentar tadi, Mawar sempat membuat ‘live’ di siaran tiktoknya bersama pempengaruh Ridzuan Ridzokumura. Namun apa yang mengejutkan adalah perubahan bentuk muka Mawar yang dilihat semakin mengembang.

Warganet di ruangan komen juga terkejut melihat perubahan wajah usahawan itu. Ada yang memuji ‘kecomelan’ Mawar sambil menasihati berhenti mengambil gula dan tepung.
Namun usahawan itu dilihat tidak mengambil pusing dengan komen itu sambil membaca dengan senyuman.
baca: Dakwa bakal bercerai, Mawar Rashid matikan telefon, pilih berdiam diri