Tak sampai 24 jam, edisi siasat 2.0 kumpul hampir 100K pengikut telegram

Oleh ROSLAN ZAMAN

Belum pun sampai 24 jam telegram edisi siasat disekat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), kini edisi siasat 2.0 pula muncul dengan mengumpul pengikut hampir 73,000 setakat berita ini ditulis.

Semalam MCMC telah memfailkan tindakan sivil terhadap dua saluran di platform Telegram, iaitu ‘Edisi Siasat’ dan ‘Edisi Khas’.

Menerusi satu kenyataan, MCMC memaklumkan bahawa kedua-dua saluran itu dikenal pasti menyebarkan kandungan yang didapati melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang berpotensi menghakis kepercayaan terhadap institusi awam negara serta menjejaskan ketenteraman masyarakat.

Kandungan pertama yang dimuat naik oleh edisi siasat 2.0 sebentar tadi adalah ‘banner’ serah tugas Ketua Polis Negara yang baru.

Namun setakat ini tidak dapat dipastikan adakah pengendali edisi siasat 2.0 ini sama seperti yang asal ataupun tidak.

baca: “Suami edisi terhad!”, bagi gaji bulanan untuk isteri buat kerja rumah, siap KWSP dan PERKESO