Telur dadar punca amukan! Lelaki tembak kakak ipar gara-gara tak puas hati

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja tidak bosan jika lauk sama dihidangkan setiap hari namun itu bukanlah satu peluang untuk menjadi pembunuh hanya kerana tidak berpuas hati.

Andai kata bosan maka tak salah belikan sahaja lauk asing untuk ibu sendiri, tak perlu sampai biarkan orang lain menjadi mengsa.

Hanya kerana menghidangkan satu lauk iaitu telur dadar kepada ibu kandung suspek, seorang wanita berusia 53 tahun maut di tangan adik ipar sendiri.

Menurut portal berita Thaiger, kejadian tersebut berlaku hujung minggu lalu di sebuah rumah di wilayah Kamphaeng Phet, utara Thailand.

Anggota polis berjaya menahan suspek berusia 42 tahun dikenali sebagai Asia di tempat kejadian manakala mangsa Nittaya ditemui mati di tangga hadapan rumah mereka.

Mangsa ditemui bersama lima kesan tembakan pada lengan, bahu, dada dan mukanya dan semasa soal siasat Arsia mengakui dia melakukan jenayah tersebut.

Ketika disoal Arsia mengakui marah kerana Nittaya tidak pernah menyediakan makanan sedap untuk ibunya yang berusia 77 tahun itu.

Suami mangsa dikenali sebagai Plew memaklumkan sudah banyak kali pergaduhan tercetus antara isteri dan Arsia dek kerana lauk telur dadar.

Arsia berkata, dia marah kerana Nittaya tidak pernah menyediakan makanan enak untuk ibunya yang berusia 77 tahun dan cuma menghidangkan telur dadar.

Suami mangsa yang dikenali sebagai Plew memberitahu, pertengkaran sengit berlaku antara isterinya dengan Arsia mengenai makanan ibu mereka.

Plew berkata isterinya hanya mula tinggal di rumah ibunya setahun yang lalu. Sebelum itu, isterinya pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak bersama bekas suaminya.

lelaki berusia 52 tahun itu meluahkan rasa kesal kerana telah meminta isterinya tinggal bersama keluarganya, dan percaya keputusan itu akhirnya membawa kepada kematian tragis isterinya.

Ibu sahkan menantu sediakan pelbagai jenis makanan sebelum dibunuh anak

Dalam satu temu bual bersama Amarin TV, ibu Arsia, Kern menyatakan bahawa dia sebenarnya tidak lagi tahan makan makanan pedas dan lebih gemar telur dadar.

Kern menegaskan bahawa Nittaya telah menyediakan pelbagai jenis hidangan, namun suspek tidak mengetahuinya kerana mereka tidak tinggal serumah.

Baca juga: Kieda Crepe tutup kedai 1 hari untuk proses sanitasi, KKM turun padang lepas terima aduan