Suami suruh utamakan kakak ipar, wanita kecewa hanya dapat susukan anak waktu pagi sahaja

Oleh MALAYSIADATELINE

Sebagai ibu yang baru melahirkan anak sulung, penyusuan sepatutnya menjadi detik paling istimewa antara si ibu dan bayi.

Ia bukan sekadar memberi susu, tetapi ikatan emosi, kasih sayang, dan sentuhan pertama yang membentuk hubungan ibu dan anak sejak awal.

Namun buat wanita ini dia merasa terkilan apabila suami merelakan anak sendiri untuk diberi kepada kakak ipar untuk disusukan hanya kerana kakak ipar baru kematian anak.

Menerusi satu luahan yang dihantar kepada pengguna X @meinmokhtar, wanita itu meluahkan rasa kecewa akan sikap suami yang tidak memahaminya.

“Suami cakap saya tak ada hati perut sebab tak bagi kakak ipar saya susukan anak saya. Anak kakak ipar baru meninggal beberapa bulan lepas.

“Tapi saya jadi sedih sebab bila nak susukan anak, anak tu dah kenyang, anak sulung saya pula tu sedangkan bayi kakak ipar yang meninggal tu anak ketiga.

“Rasa tak gembira jadi ibu untuk kali pertama,” kongsinya dalam luahan secara rahsia itu.

Meskipun sudah berbincang dengan suami mengenai hal tersebut, suaminya tetap dengan pendirian untuk membenarkan si kakak ipar menyusukan bayinya.

“Sudah bincang dengan suami tapi dia tetap suruh mengalah. Suami kata emosi kakak ipar lagi penting sekarang? Kena bagi kakak iparkan susukan anak saya juga.

“Adik lelaki dah ambil saya dan anak untuk balik ke Johor Bharu dan suami WhatsApp kata saya nusyus. emosi saya terganggu sekarang.

“Lagipun ini pertama kali saya jadi ibu, saya nak susukan, kenyangkan anak saya sendiri. Boleh bayang tak selama pantang ni saya dapat susukan anak waktu pagi sahaja.

“Petang dan malam kakak ipar ambil anak saya. Lagipun kakak ipar dah ada dua anak. Bukan saya tak simpati dekat bayi ketiga yang meninggal tu,” kongsinya.

Meskipun ada yang merasakan ia bukan satu masalah kerana boleh menukar status kepada anak susuan namun ramai juga percaya si kakak ipar perlu meminta izin dan bukan sesuka hati menyususkan anak orang secara direct feeding.

Baca juga: Aliff Syukri cari menantu dalam ‘live’, sedia hantaran RM50K, banglo, Mercedes dan emas