Gaya pemakaian seksi oleh para selebriti sering menjadi tumpuan dan mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat, terutamanya di platform dalam talian.
Ada yang menganggap ia sebagai satu bentuk ekspresi diri dan kebebasan dalam bergaya, manakala tidak kurang juga yang melihatnya sebagai tidak sesuai dengan norma budaya tempatan.
Bagaimanapun buat penyanyi Daiyan Trisha, dia lebih tenang dalam menghadapi pelbagai kecaman selepas ada yang label pakaian digayakannya terlalu seksi lapor OhBulan!.
“Saya rasa itu adalah satu perkara yang saya akan sentiasa terima sepanjang bergelar anak seni.
“Saya masih cuba istiqamah dan saya terima saja semua nasihat dan komen-komen orang.
“Daripada saya sendiri, saya akan cuba yang terbaik untuk berubah. Tapi kita tak tahu kan? Mungkin esok, lusa saya akan berubah,” katanya seperti dipetik OhBulan!.
Tegasnya lagi meskipun dikecam kerana berpakaian seksi selepas menunaikan umrah, Daiyan menganggap itu antara dia dan Allah SWT.
“Saya tak boleh komen banyak dan kalau soal dah pergi umrah atau belum, itu adalah antara saya dan Allah.
“Cuma saya tak ada apa komen bila ramai yang tegur soal pemakaian saya.
“Saya cuma menjadi diri saya sendiri dan akan sentiasa cuba untuk berubah bila sampai masa yang tepat,” ujarnya.
Baca juga: Datuk Vida jemput warga Terengganu datang, nak sedekah barang keperluan rumah