Asal dapat bonus je, mak-mak terus cari barang kemas. Tapi sayangnya, ada yang dah nampak kusam, tak berkilat macam dulu.
Sayang kan? Dah beli mahal-mahal, tapi tak jaga elok-elok. Padahal dengan penjagaan yang betul, barang kemas boleh kekal cantik macam baru.
Setiap kali nak cuci barang kemas, kena fikir dua tiga kali, nak keluar rumah, redah cuaca panas, beratur panjang pulak tu.
Belum campur penat angkut anak atau cari parking. Sudahnya, simpan je balik dalam laci, biar terus kusam.
Ha! boleh ikuti tip dikongsikan ssyazsuhaimi menerusi aplikasi Lemon8, ambil masa lima minit sahaja dan tak guna banyak bahan.
Bahan-bahan:
- Barang kemas
- Soda bikarbonat
- Cuka
- Bekas kaca
- Kapas
- Berus gigi lama
Cara-cara:
- Campurkan nisbah 3 soda bikarbonat dan 1 sudu air. (Kalau banyak jadikan nisbah 6:2)
- Kacau sebati hingga menjadi pes yang tebal (kalau nipis sangat, sila tambah 1 atau 2 sudu soda bikarbonat)
- Sapukan pes pada barang kemas dengan menggunakan kapas / cotton buds (pastikan pes cukup untuk tutup keseluruhan permukaan emas)
- Letakkan barang kemas yang disapu dengan pes tadi ke dalam bekas berisi cuka putih dan rendamkan selama 5 minit (jumlah cuka agak-agak sampai tenggelam emas).
- Nanti akan ada bunyi bergas sebab pes tu react dengan cuka tapi jangan panik! Tak rosak pun barang kemas.
- Bilas dengan air bersih dan keringkan.
- Guna berus gigi lama, gosok-gosok manja untuk tanggalkan sisa-sisa kotoran yang mungkin masih ada dan bilas semula.
- Keringkan.
Nota tambahan: Bagi cincin emas yang mempunyai batu permata, soda bikarbonat dan cuka boleh merosakkan permukaan batu permata. Kalau takut rosak boleh elakkan.
Baca juga: Panas! Baju batik dipakai PMX bentang RMK13 rupanya hasil karya anak kelahiran Kelantan