MCMC rampas telefon Zarina Anjoulie selepas buat ‘content’ dengan Daddy Ash

Oleh ROSLAN ZAMAN

Pelakon yang sering dikaitkan dengan gosip liar, Zarina Anjoulie mendedahkan telefon pintarnya dirampas oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk siasatan berhubung isu kandungan video dalam aplikasi Telegram.

Sebelum ini, pelakon itu dikecam membuat video bersama pencipta kandungan lucah ‘daddy ash’ di instagramnya lantas menjadi bualan orang ramai.

Zarina bagaimanapun mengakui kekhilafannya dan tidak menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya memuji pihak MCMC menjalankan tugas dengan tulus.

“Pihak MCMC sedang membuat siasatan. Tolong biarkan mereka jalankan tugas. Telefon Anju dah kena ambil. Sekarang Anju pakai telefon terpaksa yang Anju sempat beli di kedai selepas habis siasatan.”, katanya dalam Instagram.

Beliau turut berterima kasih kepada netizen yang memberinya peringatan.

“Tak apalah, ini pengajaran buat saya. Terima kasih banyak-banyak kepada netizen sudi tegur dan nasihat. Ini satu peringatan yang sangat baik untuk saya supaya jangan jadi bodoh lain kali. Doakan saya ya,”

Tambahnya lagi, telefon pintar yang dirampas mengandungi akaun telegram yang digunakannya untuk menjual kandungan dalam aplikasi tersebut dengan menggunakan nombor yang berdaftar di Indonesia.