Zohran Mamdani menang! New York dapat datuk bandar pertama orang islam

Oleh ROSLAN ZAMAN

Sejarah tercipta di Amerika Syarikat apabila bandar paling besar dan termaju di negara itu menerima Datuk Bandar pertama yang beragama islam.

Calon dari Parti Demokrat, Zohran Mamdani memenangi pilihan raya Datuk Bandar bagi Bandar Raya New York hari ini.

Mamdani yang memenangi pilihan raya utama Parti Demokrat awal tahun ini, berhadapan dengan bekas Gabenor, Andrew Cumo yang menjadi calon bebas, serta calon Parti Republikan, Curtis Sliwa

Antara dasar-dasar yang disokong Mamdani adalah seperti cukai lebih tinggi ke atas kawasan kejiranan penduduk kulit putih yang lebih kaya, mengurangkan dana polis, mengehadkan tindak balas polis terhadap keganasan rumah tangga, memotong program pendidikan berbakat dan menutup penjara Pulau Riker.K

Kemenangan Mamdani memberi isyarat kepada orang yang paling berkuasa dalam Parti Demokrat bahawa mereka sebenarnya boleh memenangi pilihan raya dengan memberi tumpuan kepada isu-isu kelas pekerja.