Kembali kepada UMNO? Ini jawapan KJ

Oleh ROSLAN ZAMAN

Selepas dipecat hampir dua tahun dari parti, bekas pemimpin UMNO Khairy Jamaluddin nampaknya memberi gambaran yang beliau akan masuk semula ke parti lamanya itu.

Khairy yang ditemui oleh media di program di bangunan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur yang juga menempatkan ibu pejabat Umno itu berkata, beliau akan memberitahu media mengenai keputusannya kepada media apabila tiba masanya.

“Saya dah maklum tadi, nanti bila tiba masa untuk saya buat pengumuman.

“Saya akan maklum pada pihak media. Tak pasti lagi,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Khairy ditemui media selepas menghadiri program Rundingan Meja Bulat Pendidikan Nasional 2025: Reformasi Sistem Pendidikan Zaman AI dan Pemerkasaan Institusi Guru yang turut dihadiri Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh.