Sejak budi95 diperkenalkan pada bulan oktober yang lepas, bermacam-macam ragam dapat dilihat di media sosial. Tak semua pengguna dapat biasakan diri dengan cepat untuk hadam sistem baru yang diwujudkan kerajaan ini untuk mengisi petrol budi 95.
Terbaru di tiktok, seorang lelaki di berkongsi gambar beberapa kad pengenalan bersusun yang ditinggalkan oleh pengguna selepas mengisi petrol di pam minyak.
Menerusi hantaran pengguna TikTok @Masterkie1971, menunjukkan pihak stesen minyak meletakkan MyKad yang tercicir di kaunter pembayaran bagi memudahkan urusan pemilik kad pengenalan untuk mencarinya.
“Sekarang ini, ramai orang tertinggal kad pengenalan di setiap stesen pam minyak. Takkan hari-hari nak ingatkan, kadangkala kita akan terlupa,” tulis lelaki itu di gambar.
Menjengah ke ruang komen, ramai mengakui hampir tertinggal MyKad di stesen minyak terutamanya apabila tergesa-gesa atau sibuk dengan urusan harian.
“Kepada yang kata menyusahkan itu, boleh cadangkan kaedah menghalang warga asing isi petrol subsidi,” komen @Dinpagohh
“Minggu lepas pun saya tertinggal MyKad dalam perjalanan balik kampung dari Perak ke Pahang. Dah jalan 120KM baru teringat dan kena berpatah balik,” kata Kuma
“Memang sudah menjangka perkara ini akan berlaku. Pekerja stesen minyak yang pening kena bertukar jadi pegawai kaunter JPN,” tulis @Ayzollaz