Siapa sangka, permukaan mozek di lantai kediaman anda akan kelihatan lebih bersinar bak pemandangan di hotel mewah dengan hanya menggunakan tiga bahan yang sudah berada di rumah.
Bahan yang menjadikan lantai berkilat tidak ubah seperti cermin ini bukan sahaja sangat mudah untuk didapati malah juga mampu membuatkan persekitaran rumah anda berbau wangi dan menyenangkan.
Kaedah ini juga dikatakan mampu menjimatkan belanja kerana pemilik rumah tidak perlu membeli pencuci lantai berikutan bahan yang diperlukan ini kebiasaannya sudah berada di kediaman anda.
Berikut kami kongsikan panduan untuk mengemop lantai kediaman yang didedahkan oleh wanita dikenali sebagai Mizs Lynda menerusi hantaran dimuat naik di laman kumpulan Facebook.
Bahan-bahan:
- Air panas
- Cuka makan
- Cecair pelembut pakaian (fabric softener)
Langkah-langkah:
1. Tuangkan air panas secukupnya ke dalam baldi. Kemudian, sukat cecair pelembut pakaian menggunakan penutupnya.
2. Masukkan satu penutup cecair tersebut ke dalam baldi yang telah berisi air panas. Lalu tambahkan lima titis cuka kedalamnya.
3. Kacaukan semua bahan di dalam baldi tersebut sehingga sebati. Selepas itu, aktiviti mengemop anda sudah boleh dimulakan.
Difahamkan, cuka makan tidak boleh digunakan dalam kuantiti berlebihan kerana dikhuatiri permukaan lantai akan menjadi terlalu melekit sehingga boleh mengagalkan ‘tips’ ini.
“Saya suka tengok kalau lantai rumah berkilat. Selagi tak berkilat, selagi itulah tak sah,” kata Mizs Lynda menerusi hantaran dimuat naik di laman kumpulan Facebook berkaitan perkongsian petua mencuci.
Selamat mencuba! Semoga perkongsian ini memberikan manfaat berguna kepada para pembaca terutamanya bagi mereka yang masih mencari cara untuk mengilatkan lantai dengan kaedah mudah dan berkesan.
Baca juga: Suami mengaku bujang di media sosial, mahkamah sahkan jatuh talak satu