“Graduan sila jaga adab dengan Permaisuri!”

Oleh ROSLAN ZAMAN

Konvokesyen sewajarnya menjadi suatu majlis yang penuh adab dan tertib lagi-lagi ianya melibatkan tetamu VVIP dari keluarga diraja.

Baru-baru tular satu video di media sosial berkenaan satu majlis anugerah konvokesyen yang berlangsung di UiTM.

Graduan itu menerima kecaman dari netizen selepas berani memberi arahan kepada Tuanku Pemaisuri Negeri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Nurashikin untuk memandang kamera ketika menerima skroll.

Perbuatan itu dianggap tidak beradab bagi seorang graduan yang memberi arahan sebegitu.

Ada juga yang memberi komen sekurang-kurangnya dia membuat sembah daulat dahulu untuk meminta jasa baik Tengku Permaisuri.

“Graduan sila jaga adab dengan Pemaisuri!”, komen netizen di media sosial.

Pada tahun 2023, perbuatan yang sama pernah berlaku di majlis konvokesyen UiTM sehinggakan pihak UiTM mengeluarkan arahan supaya menghormati dan menjaga adab ketika di majlis ini.

“Perhatian, para graduan tidak dibenarkan memberi isyarat kepada penganugerah untuk memandang ke arah kamera semasa menerima ijazah atau diploma.

“Sila jaga adab dan hormati penganugerah serta istiadat konvokesyen universiti,” tulisnya dalam video itu.

UiTM turut memaparkan cara yang tidak beradab yang pernah dilakukan oleh salah seorang graduan ketika berada di atas pentas. Video contoh itu menunjukkan seorang graduan membuat isyarat tangan menghala kepada kamera supaya penganugerah memandang kamera.