Tular di media sosial gambar sekumpulan penduduk Hatyai bertarung nyawa menyelamatkan diri dengan berjalan atas kabel elektrik menuju tempat selamat.
Rakaman video dimuat naik di platform Facebook menunjukkan tiga lelaki itu berjalan sambil berpaut pada kabel elektrik ketika paras air meningkat sehingga menenggelamkan rumah dan bangunan
Menurut keterangan dalam video tersebut, lelaki itu menjelaskan banyak sumber makanan sudah habis dan tidak dapat menghubungi penyelamat.
“Tolong kasihani kami. Banyak nyawa masih menunggu untuk keluar dari dari sini. Paras air sudah meningkat ke tingkat dua.
“Makanan dan minuman sudah banyak habis. Tolong bantu. Saya tidak dapat menghubungi mana-mana unit penyelamat. Kami berada di Jalan Phonphichai, bertentangan Wat Phutthikaram atau Wat Plak Krim Nai,” katanya dalam video.
Perakam video yang bernama Namthip mengecam kerajaan Thai dan pejabat pentadbiran wilayah akibat pengurusan banjir yang lemah dengan mendakwa bahawa tiada bantuan diterima biarpun penduduk diarah untuk berpindah.