Malaysia digemparkan akan berhadapan dengan satu fenomena jarang berlaku iaitu ribut tropika Senyar. Apa maksudnya?
Pembentukan Ribut Tropika Senyar di Selat Melaka adalah kejadian yang sangat jarang berlaku, menjadikannya tumpuan dunia meteorologi
Ribut Tropika Senyar ialah satu fenomena yang disifatkan sebagai luar biasa dan bersejarah kini mengancam untuk membawa impak signifikan kepada Semenanjung Malaysia dengan hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora sehingga Sabtu ini.
Sebentar tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan Senyar bergerak ke arah timur tenggara dan sudah memasuki Selat Melaka, dikesan berada kira-kira 102 kilometer (km) ke barat daya Lumut, Perak, sebelum bergerak ke kedudukan terbarunya.
Pada jam 11 pagi tadi, ribut itu dilaporkan berada 57 kilometer (km) ke barat daya Sabak Bernam, Selangor dengan kelajuan angin maksimum mencecah 46 km/j
Mengikut fakta sejarah, kali terakhir fenomena seumpama ini berlaku adalah pada tahun 2001 dengan pembentukan Taufan Vamei di kawasan berdekatan.