Kes pandu uji raptor, Afnan diperintah bayar RM115,000 kepada Nini Siron dan mohon maaf

Oleh ROSLAN ZAMAN

Wanita yang dikaitkan dalam kejadian tular berhubung kes pandu uji kenderaan membabitkan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor semasa Perintah Kawalan Pergerakan pada tahun 2021 menang saman di mahkahmah sebentar tadi.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh peguam Faizal Rahman di facebook. Menurut Faizal, Hakim Zulhazmi Bin Abdullah iaitu Hakim Sesyen Sivil (1), Butterworth memutuskan antara lain bahawa;

1. wujudnya niat jahat dalam pernyataan-pernyataan Afnan Hamimi, Defendan ke-2 & ke-3,

2. Afnan Hamimi, Defendan ke-2 & ke-3 diperintahkan membayar RM115,000.00 kepada Pn.Hanini Siron,

3. Kenyataan permohonan maaf secara terbuka mesti dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh hari ini & disiarkan selama 7 hari.

4. Tuntuan Plaintif terhadap Defendan ke-4 ditolak.

Pada 18 Ogos 2021 yang lalu, Faizal Rahman yang mewakili Hanini Siron berkata, tuntutan itu adalah sebagai ganti rugi atas tindakan buli siber, penghinaan, mendapat nama buruk, tekanan emosi dan pencerobohan data peribadi serta privasi yang dialami anak guamnya.

Berita lanjut menyusul