Seorang individu meluahkan pandangan peribadi dengan mempersoalkan pilihan gaya hidup anak kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B meskipun mampu memilih kehidupan lebih sihat.
Menurut komen berkenaan, individu itu berpendapat Cik B seharusnya memanfaatkan kelebihan kewangan dimiliki dengan melabur dalam pengambilan jurulatih peribadi atau cef peribadi bagi penyediaan makanan sihat, berbanding tidak mengambil peluang tersebut.
“Saya selalu terfikir ni. Cik B kan banyak duit tapi tak ada pun nak labur ia dalam mengupah jurulatih peribadi atau cef peribadi untuk masak makanan sihat, rugi kan,” komen pengguna Threads yang sudah dipadam.
Tidak berdiam diri, Cik B tampil menjawab persoalan berkenaan, jelasnya segala gambar makanan diambil adalah untuk dikongsikan dengan jurulatih peribadinya.
“Ya ke tak ada? Ini jurulatih peribadi saya, tak ada gambar dengan dia jadi tunjuklah tangkap layar (SS) sahaja.
“Maaflah ya, gambar makanan dikongsikan tak seberapa, ambil pun sebab nak tunjuk dekat jurulatih je,” komen Cik B.
Rata-rata pengguna Threads memuji Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin yang dalam diam mengurangkan berat badan menggunakan cara yang lebih sihat.
“Mantap Cik B, ini baru betul diet sihat tubuh dan organ dalaman. Tak ada cucuk ubat kurus yang boleh rosakkan buah pinggang macam orang sekarang buat.
“Cik B ‘low profile’, tak semua kena tunjuk. Tahniah dan semoga berjaya.
“Kurangkan berat badan ni bukan hitam putih. Tak semestinya orang tak kurus tu malas, tak jaga makanan, tak bersenam. kita tidak pernah tahu perjuangan seseorang,” antara komen pengguna Threads.
Baca juga: Ibu hamil dakwa doktor pulas telinga depan pesakit lain, diperli sebab tak jaga jarak anak