Nama pempengaruh, Ameera Khan yang lebih dikenali sebagai Little Miss Khan (LMK) kembali menjadi topik perbincangan hangat di media sosial selepas memuat naik gambar percutiannya di Dubai baru-baru ini.
Hal ini kerana Ameera yang juga adik kepada usahawan selebriti iaitu Noor Neelofa itu turut berkongsi gambar memaparkan sosok seorang lelaki menerusi perkongsian dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Gambar yang tidak menunjukkan identiti lelaki terbabit dengan jelas itu telah mengundang spekulasi orang ramai sekiranya Ameera sudah menemui pengganti selepas memutuskan hubungannya dengan pelakon, Jefri Nichol.
Perbincangan menjadi semakin rancak apabila pengguna media sosial menduga bahawa identiti sebenar lelaki itu mungkin merupakan kerabat diraja Pahang berdasarkan pemakaian aksesori rantai yang serupa.
Khabar tersebut bagaimanapun tidak begitu disambut baik terutamanya dalam kalangan pengguna platform Threads yang menyifatkan bahawa cita rasa Ameera dalam memilih teman lelaki agak menghampakan.
“LMK ini cantik, memiliki kelas dan gaya fesyen tersendiri. Tetapi sayangnya cita rasa lelaki dia agak menghampakan. Bukan nak mengata, tetapi kalau dia boleh pilih apa yang dipakai. Kenapa tak pilih lelaki yang melebihi ‘standard’ wanita?,” kata seorang pengguna.
“LMK ini memang tak mahu jaga standard ke? Dahulu dengan Konoha. Sekarang dengan bekas suami kepada kawan baik kakak dia. Pelik-pelik sahajalah.” Kongsi pengguna lain menerusi perkongsian di platform Threads yang membincangkan mengenai dakwaan tersebut.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan jika Ameera benar-benar menjalinkan hubungan dengan kerabat diraja itu atau sebaliknya namun pemeriksaan mendapati mereka berdua mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Pemilik nama sebenar Nur Ameera Khan Abdul Halim Khan itu sebelum ini dikatakan telah memutuskan hubungan dengan Jefri Nichol iaitu pelakon sensasi Indonesia selepas mereka tidak lagi memuat naik gambar bersama di platform Instagram.
Baca juga: ‘Disuruh pergi kelab, pegang arak demi kontroversi’ – Uyaina Arshad imbas pengalaman pahit