Sajat luah rasa sedih selepas rumah berjaya dilelong

Oleh ROSLAN ZAMAN

Usahawasan kontroversi Nur Sajjad Kamaruzaman meluahkan rasa sedihnya selepas rumah tempat berteduhnya sebelum ini sudah pun dijual.

Sajjad berkata, walaupun bersedih dia tetap berbangga dapat memiliki rumah ini dengan rezeki yang berkat, dengan usahanya mencari rezeki halal.

“Kenangan rumah ini terlalu banyak untuk dilupakan. Bila saya dapat tahu rumah ini telah dijual, hati ini sedih… tapi saya reda.”

“Namun saya tetap bangga. ,bangga dengan usaha saya mencari rezeki yang halal.”

“Bangga kerana pernah memiliki rumah ini dibeli dengan berkat, daripada insan yang saya idolakan.”, tulisnya di media sosial.

Menurutnya walaupun pernah tinggal di rumah ini walaupun seketika, usahawan itu boleh bayangkan setiap sudutnya.

“Walaupun hanya seketika, ia sangat bermakna. Saya masih boleh membayangkan setiap sudutnya, reka bentuknya, suasananya.”

“Goodbye, rumah. Terima kasih atas segalanya”

Semalam banglo Sajjad telah berjaya dilelong dengan harga RM3.7 juta selepas beberapa kali gagal.