Setiap pelanggan atau pembeli pastinya tahu keperluan menyediakan wang tunai apabila membeli barang dengan kaedah pembayaran tunai semasa penghantaran atau COD.
Namun, ada juga pelanggan yang suka membeli dalam jumlah banyak menggunakan kaedah COD, tetapi apabila barang sampai, mereka enggan membayar.
Menerusi TikTok, seorang penghantar barang terkesima apabila pelanggan yang membeli lima barang hanya mahu bayar satu barang sedangkan kesemua parcel sudah dibawa.
“Janganlah macam tu, ni akak (pembeli) ambil satu je, ni ada empat (parcel) lagi ni. Akak punya barang lima tapi satu je ambil. Orang bawa barang dia, boleh pula sorting (pilih) dekat sini.
“Macam mana, nak tak nak akak kena ambil semua, tak boleh macam tu kak, orang dah sampai ni,” ujarnya dalam video dikongsikan.
Rata-rata tidak menyalahkan pembayaran secara COD namun pembeli seharusnya sedar diri semasa membeli agar tidak menyusahkan penjual dan membuang masa penghantar barang.
“Ada masalah duit tapi sibuk beli-belah. Kan menyusahkan penjual dan kurier, perangai jenis menyusahkan orang, ini lah dia.
“Sepatutnya COD ni suruh ambil sendiri je kat pejabat, tak payah hantar. Dah penat orang bawa. akhirnya jadi macam ni.
“Penat mental layan customer macam ni. Memang saya dah berkali-kali kena, dia order banyak-banyak, lepas tu masa nak hantar boleh pula pilih-pilih macam nak beli kat kedai.
“Bukan salah COD… yang salah pembeli tamak sangat, order barang sampai tak tengok duit dalam dompet,” antara komen pengguna TikTok.
Baca juga: Macam histeria beramai-ramai, video murid PASTI di hari kedua sekolah cuit hati netizen