Seorang guru yang bertugas jauh di pedalaman di Kinabatangan, Sabah, berkongsi suasana di sebuah sekolah kebangsaan yang dihadiri hanya tiga orang pelajar.
Menurut shahrulnaemx di TikTok, situasi itu sudah menjadi kebiasaan untuknya yang mengajar di pedalaman.
Difahamkan, hanya tiga murid sahaja yang mendaftar pada sesi persekolahan tahun ini.
“Hari pertama persekolahan edisi sekolah pedalaman. Dah jadi hobi tiap pagi tengok budak budak datang sekolah macam ni,” tulisnya.
Dia juga berkongsi video perhimpunan rasmi sekolah yang hanya melibatkan tiga orang pelajar dan beberapa orang guru.
Perhimpunan juga diadakan di koridor depan bilik darjah.
Perkongsian itu menuai perhatian ramai yang teruja melihat situasi tersebut.
Mereka berseloroh mengatakan sekolah itu kini bertukar menjadi sekolah swasta dengan kehadiran murid yang terpilih sahaja.
“Sekolah swasta jadinya”.
“Ini namanya belajar one to one. Kalau dekat KL mahal”.
“Personal tutoring. Kita di bandar tak merasa such privilege. All the best adik-adik”.
Demikian antara komen ditinggalkan pengguna TikTok.
Baca juga: “Bila minta kena marah balik” – Iqbal terkilan ramai pinjam tak bayar, hutang cecah RM200,000