Tabiat buruk pemakanan Trump didedah

Oleh ROSLAN ZAMAN

Setiausaha Kesihatan Amerika Syarikat (AS) Robert F. Kennedy Jr. mendedahkan tabiat buruk pemakanan Presiden Donald Trump yang “sangat tidak sihat”, dengan dietnya banyak terdiri daripada makanan segera, gula-gula dan Diet Coke, lapor Anadolu Ajansi (AA)

Bercakap dalam rancangan The Katie Miller Podcast yang disiarkan pada Selasa, Kennedy berkata Trump kerap mengambil makanan McDonald’s, gula-gula dan sejumlah besar Diet Coke, khususnya ketika dalam perjalanan

“Perkara menarik tentang presiden ialah beliau makan makanan yang sangat tidak sihat seperti McDonald’s, kemudian gula-gula dan Diet Coke,” kata Kennedy.

Beliau berkata Trump cenderung makan lebih sihat ketika berada di Rumah Putih atau di kediamannya di Mar-a-Lago, namun dietnya merosot dengan ketara ketika melakukan kunjungan luar.