Ibu tunjuk bukti anak ADHD boleh berdikari, Darjah 3 sudah pandai gosok baju sendiri

Oleh MALAYSIADATELINE

Satu rakaman memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang menggosok sendiri baju sekolahnya telah berjaya mencuri perhatian ramai pengguna media sosial baru-baru ini.

Mana tidaknya, kanak-kanak terbabit bukan sahaja tidak kekok malah kelihatan sangat tenang ketika menggosok sambil bersila di atas lantai seperti dilihat dalam rakaman berdurasi 17 saat itu.

Berdasarkan perkongsian dimuat naik di platform TikTok, ibu kepada kanak-kanak terbabit memaklumkan bahawa anaknya yang mengikuti sesi persekolahan Darjah Tiga itu mula dilatih menggosok baju sendiri pada tahun ini.

Kanak-kanak terbabit juga sudah melakukan kerja-kerja rumah lain termasuklah menyidai dan melipat kain malah kemahiran tersebut telah mula dikuasainya seawal usia lapan tahun.

“Membesarkan Gen Aplha seperti mana anda dididik sebagai genarasi Milenial oleh ibu bapa Baby Boomer,” kata ibu terbabit dalam keterangan video dimuat naik di akaun TikTok miliknya itu.

@bondamira.cikcit

Baju sekolah gosok sendiri dah sekarang. Honestly, the last time I gosokkan uniform my son was the first day of school when he was standard one dulu. Tahun ni baru start pakai uniform balik.

♬ Vadel Nasir Simpan Rasa – MindFreak

Mengulas lanjut, ibu terbabit turut mendedahkan dalam ruangan komen bahawa anak lelakinya itu sebenarnya disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD).

Namun wanita itu tidak menjadikan masalah kesihatan anaknya sebagai penghalang mahupun berputus asa sebaliknya sentiasa memberi peluang untuk kanak-kanak terbabit belajar berdikari.

“Sekarang sudah sepenuhnya pandai sidai, lipat, gosok dan simpan baju sendiri. Tetapi kena banyak sabar sebab kerja dia tak pantas. Kalau banyak gangguan, lagi lambat siap.

“Tetapi tidak mengapa, janji boleh buat sendiri. Itu juga sudah cukup baik,” ujarnya dalam ruangan kapsyen video menerusi perkongsian berbeza menunjukkan anaknya membuat pelbagai kerja rumah meskipun kurang fokus.

@bondamira.cikcit

Replying to @Izhar Mat Isa sekarang fully sidai baju, lipat baju, gosok baju dan simpan baju sendiri. Tapi kena banyak sabar sebab kerja tak pantas, banyak distraction lagi lambat siap. Tapi tak apa, janji boleh buat sendiri, dah okay dah

♬ original sound – DNP – DNP

Tinjauan di ruangan komen perkongsian itu mendapati rata-rata pengguna TikTok memuji sikap kanak-kanak terbabit kerana berani mengambil tanggungjawab walaupun masih kecil.

Ramai juga individu tampil bertanyakan tips kepada ibu terbabit mengenai bagaimana untuk memiliki keyakinan terhadap anak serta pendekatan diambil dalam mendidik mereka melakukan kerja rumah dengan rela hati.

Baca juga: Mahu kariah selesa, Aeril Zafrel belanja hampir RM500,000 ubah suai masjid